
Dec 1, 2018
CONSESSIONAIRES AWARD KLIA/KLIA2
Alhamdulilah semalam Santai Reflexology@KLIA2 telah terpilih sebagai Top 3 Best Enterprise Award dalam Consessionaires Award yang dianjurkan oleh Malaysia Airport Holding Berhad MAHB.
Santai Reflexology terpilih antara ratusan jenama di KLIA & KLIA2 dan pemilihan ini adalah salah satu pengiktirafan yang sangat berharga untuk jenama tempatan seperti kami.
Kami saya cukup berbangga dan bersyukur dengan pemilihan ini dan akan jadikan peluang ini sebagai salah satu pemangkin untuk terus maju sebagai jenama tempatan yang akan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa seluruh dunia!
Tahniah warga Santai Reflexology dan terima kasih atas komitmen kalian memberikan perkhidmatan terbaik di KLIA2!
Doakan agar tahun 2019 ini adalah tahun yang akan lebih baik dan kami terus bersemangat memperjuangkan Sesi Urutan Urban Melayu supaya dikenali di seluruh negara.
Azharee Wahid
Presiden
Santai Reflexology@KLIA2.