
Oct 6, 2018
INTERNATIONAL FRANCHISOR TO BE!
Alhamdulillah terima kasih PNS kerana sudi menerima kunjungan hormat kami dari Santai Reflexology @KLIA2.
Satu pertemuan yang sangat bermakna.
PNS selaku Agensi kerajaan yang banyak membantu Usahawan Franchisor dan Franchisee di Malaysia berkongsi tentang program yang telah mereka jalankan dalam pembangunan Industri Francais di Malaysia.
Saya lihat banyak peluang, dana perniagaan, bimbingan dan macam-macam lagi.
Insya Allah mewakili Santai Reflexology @KLIA2 juga saya juga bincangkan bagaimana jenama lokal kami ini boleh dibentuk menjadi satu jenama francais yang gah seantero dunia! 💪 😉
Terima kasih PNS atas sesi yang sangat istimewa ini dan doakan agar kami di Santai Reflexology@KLIA2 menjadi jenama Gaya hidup Urban yang tersohor di mata dunia!
Btw, kenapa saya selfie? Sebab pegawai PNS bagitau, "Selfie la En Azharee, barulah trendy" 😂😂😂
Azharee Wahid
Presiden
Santai Reflexology @KLIA2